SGOLD-BERJANGKA memahami bahawa pengguna kami mengambil berat tentang data peribadinya dan cara ia dikumpulkan, digunakan, dikongsi dan dijaga. Kami komited untuk mengendalikan data peribadi anda menurut undang-undang yang terpakai apabila anda menggunakan mana-mana ciri, fungsi, aplikasi mini atau permainan mudah alih yang tersedia di Platform atau Perkhidmatan kami, berinteraksi dengan kami melalui perkhidmatan luar, aplikasi, atau melalui agen perkhidmatan pelanggan luar kami, atau mengakses Perkhidmatan kami atau Platform kami melalui komputer, peranti mudah alih anda atau mana-mana peranti lain dengan sambungan Internet anda.

SILA BACA DASAR PRIVASI INI DENGAN TELITI. DENGAN MENGKLIK ATAU MENANDA “DAFTAR”, “SAYA BERSETUJU DENGAN DASAR PRIVASI SGOLD-BERJANGKA”, “SAYA BERSETUJU DENGAN PENGUMPULAN, PENGGUNAAN, PENZAHIRAN, PENYIMPANAN, PEMINDAHAN DAN/ATAU PEMPROSESAN DATA PERIBADI SAYA BAGI TUJUAN DINYATAKAN DI DALAM, DAN DI BAWAH TERMA-TERMA DASAR PRIVASI SGOLD-BERJANGKA” ATAU PERNYATAAN-PERNYATAAN YANG SAMA DI LAMAN PENDAFTARAN SGOLD-BERJANGKA, ANDA MEMPERAKUI BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI TERMA-TERMA DASAR PRIVASI INI DAN BAHAWA ANDA BERSETUJU DENGAN PENGUMPULAN, PENGGUNAAN, PENZAHIRAN, PENYIMPANAN, PEMINDAHAN DAN/ATAU PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA SEPERTI DITERANGKAN DAN DI BAWAH TERMA-TERMA DI SINI.

1. Pengenalan kepada Dasar Privasi

1.1. SGOLD-BERJANGKA dan sekutu-sekutunya (secara kolektif atau secara individu, “SGOLD-BERJANGKA”, “kami” atau “kita”) mengambil berat terhadap privasi anda. Bergantung pada lokasi anda, entiti SGOLD-BERJANGKA yang mengawal data peribadi anda adalah SGOLD-BERJANGKA.

1.2. Di mana berkenaan, Dasar Peribadi ini patut dibaca bersama-sama dengan Rider Negara Tertentu (“Country-Specific Riders”) bagi bidangkuasa anda seperti yang dinyatakan di Seksyen 12 di bawah. 

1.3. Sepanjang penggunaan anda terhadap aplikasi dan laman web SGOLD-BERJANGKA (kedua-dua versi web dan mudah alih) serta produk, maklumat, fungsi dan perkhidmatan lain yang dikendalikan oleh SGOLD-BERJANGKA, kami akan mengumpul, mengguna, mendedahkan, menyimpan dan/atau memproses data, termasuk data peribadi anda. Di dalam Dasar Peribadi ini, Platform merujuk kepada segala aplikasi dan laman web yang relevan (kedua-dua versi web dan mudah alih), dan Perkhidmatan merujuk kepada semua produk, maklumat, fungsi dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh SGOLD-BERJANGKA dari semasa ke semasa di Platform. 

1.4. Dasar Privasi ini wujud bagi memaklumkan anda tentang bagaimana kami mengumpul, mengguna, menzahirkan, menyimpan dan/atau memproses data yang kami kumpul dan terima dalam menyediakan Perkhidmatan atau akses kepada Platform kepada anda, pengguna kami, sama ada anda berdaftar untuk mengguna Platform kami sebagai seorang pelanggan atau seorang penjual. Kami hanya akan mengumpul, mengguna, menzahirkan, menyimpan dan/atau memproses data peribadi anda selaras dengan Dasar Privasi ini.

1.5. Ia adalah penting bagi anda untuk membaca Dasar Privasi ini bersama-sama dengan apa jua notis terpakai yang mungkin kami sediakan untuk aplikasi khasapabila kami mengumpul, mengguna, menzahirkan dan/atau memproses data peribadi mengenai anda, supaya anda mengambil maklum sepenuhnya bagaimana dan mengapa kami menggunakan data peribadi anda.

1.6. Kami mungkin akan mengemaskini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Apa-apa perubahan yang kami membuat kepada Dasar Privasi ini pada masa depan akan dipaparkan di dalam laman ini dan perubahan yang material akan dimaklumkan kepada anda. Jika dibenarkan di bawah undang-undang tempatan, penggunaan Perkhidmatan kami secara berterusan atau akses ke Platform oleh anda, termasuklah meletakkan Pesanan (seperti ditakrifkan dalam Terma-Terma Penggunaan) dalam Platform, atau persetujuan secara nyata kepadanya, selepas pengubahsuaian, pengemaskinian atau pemindaan kepada Dasar Privasi ini (sama ada anda telah mengkaji dokumen tersebut atau tidak) akan membentuk perakuan dan penerimaan anda terhadap perubahan-perubahan yang dibuat kepada Dasar Privasi ini. Anda bersetuju bahawa ia adalah tanggungjawab anda untuk mengkaji dan menyemak Dasar Privasi ini dengan kerap untuk melihat sama ada sebarang pengemaskinian atau perubahan telah dibuat kepada Dasar Privasi ini.

1.7. Dasar Privasi ini terpakai bersama-sama dengan notis-notis lain, klausa-klausa kontrak dan klausa-klausa persetujuan terpakai yang berkaitan dengan pengumpulan, penyimpanan, penggunaan penzahiran dan/atau pemprosesan data peribadi anda oleh kami, dan tidak diniatkan untuk mengatasi notis-notis dan klausa-klausa tersebut melainkan jika kami menyatakan secara nyata sebaliknya.

1.8. Semua terma ini terpakai kepada semua pengguna SGOLD-BERJANGKA, sama ada pengguna-pengguna telah membuka akaun sebagai pelanggan-pelanggan dan/atau penjual-penjual, melainkan jika dinyatakan secara khusus terpakai kepada pelanggan sahaja atau untuk penjual sahaja.

2. Data Peribadi yang Kami Mengumpul Daripada Anda

2.1. Kami mengumpul data peribadi yang diterangkan di bawah mengikut undang-undang tempatan yang terpakai dan, jika perlu, setelah mendapat persetujuan anda. 

2.2. Data Peribadi bermaksud apa-apa maklumat mengenai seseorang individu, sama ada direkodkan dalam bentuk bahan atau tidak dan sama ada betul atau tidak, identiti seseorang individu boleh dikenalpasti dari maklumat tersebut (sama ada secara langsung atau tidak langsung), atau dari maklumat tersebut dan maklumat lain kepadanya kami mempunyai atau berkemungkinan mempunyai akses. 

2.3. Bergantung pada penggunaan Platform kami oleh anda dan/atau interaksi anda terhadap Perkhidmatan kami (seperti semasa mendaftar untuk Perkhidmatan kami dan/atau log masuk ke Platform kami), anda mungkin diminta untuk memberikan kami maklumat tertentu. Walaupun anda boleh memilih untuk tidak memberikan kami maklumat tertentu, anda mungkin tidak dapat menikmati manfaat daripada banyak Perkhidmatan kami yang dibekalkan kepada anda. Data peribadi yang anda boleh memilih untuk memberikan kepada kami adalah seperti berikut:

(a) Data Identiti dan Profil, yang mungkin termasuk nama, tarikh lahir, jantina, nama pengguna dan kata laluan, alamat e-mel, nombor telefon anda, minat anda dan sebarang data peribadi dalam mana-mana gambar atau video atau rakaman audio yang anda muat naik ke atas Platform kami.

• Di mana anda adalah seorang penjual: kami juga mungkin mengumpul nama syarikat anda, alamat, tarikh perbadanan, dan maklumat lain yang berkaitan dengan perniagaan (seperti nombor pendaftaran syarikat, lesen perniagaan, maklumat cukai, maklumat pemegang saham dan pengarah); 

(b) Data Akaun dan Transaksi, yang mungkin termasuk butiran kad kredit, butiran akaun bank, penyata bank, alamat penghantaran/bil anda, pembayaran dan pesanan kepada dan dari anda, dan butiran lain produk dan perkhidmatan yang telah dibekalkan atau dibelikan oleh anda melalui Platform. 

(c) Data Penggunaan, seperti maklumat berkenaan dengan bagaimana dan bila anda menggunakan Platform, produk dan Perkhidmatan atau melihat sebarang kandungan di Platform, serta laman web yang anda lawati sebelum anda melayari Platform dan statistik lain yang serupanya.

(d) Data Pemasaran dan Komunikasi, yang mungkin termasuk minat, jawapan tinjauan, pilihan anda untuk menerima bahan pemasaran dari kami dan pilihan komunikasi, pilihan untuk produk atau perkhidmatan tertentu anda dan chat, emel atau sejarah panggilan di Platform atau dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga.

(e) Data lokasi, seperti apabila anda menyemak tawaran berdekatan anda atau status penghantaran/pengambilan pesanan.

2.4. Kami secara automatik mengumpul dan memproses jenis maklumat tertentu apabila anda menggunakan peranti anda untuk mengakses Platform kami dan berinteraksi dengan Perkhidmatan kami untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di sini. 

 Bagaimana kami menerima data peribadi anda

2.5. Sepanjang penggunaan Platform oleh anda dan penyediaan Perkhidmatan, kami mungkin menerima data peribadi daripada anda di dalam situasi-situasi berikut:

(a) Apabila anda melayari laman web-laman web kami (kedua-dua versi mudah alih dan laman)

(b) Apabila anda membuka akaun dengan kami (sebagai pelanggan atau penjual atau sebaliknya);

(c) Apabila anda, sebagai seorang penjual, menyenaraikan produk dan/atau perkhidmatan untuk dijual di Platform dan/atau pada platform sekutu-sekutu kami dan menjalankan transaksi dengan pelanggan berkaitan dengan jual beli produk dan/atau perkhidmatan tersebut;

(d) Apabila anda memohon, mendaftar atau sebaliknya menggunakan apa-apa Perkhidmatan di Platform dan/atau pada platform sekutu-sekutu kami;  

(e) Apabila anda melakukan satu transaksi bagi produk yang ada di Platform;

(f) Apabila anda mengaktifkan atau menggunakan apa-apa fungsi berkaitan dengan pembayaran yang sedia ada di Platform atau yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami; 

(g) Apabila anda menggunakan apa-apa ciri-ciri, fungsi-fungsi, aplikasi mini atau permainan mudah alih di Platform or Perkhidmatan; 

(h) Apabila anda merekodkan apa-apa kandungan yang dihasilkan pengguna yang dimuat naik ke atas Platform;

(i) Apabila anda menggunakan fungsi perbualan di Platform;

(j) Apabila anda mendaftar penerbitan atau bahan-bahan pemasaran kami; 

(k) Apabila anda menyertai pertandingan, promosi atau kaji selidik;

(l) Apabila anda menyertai sebarang aktiviti atau kempen di atas Platform; 

(m) Apabila anda log masuk ke dalam akaun anda dalam Platform atau sebaliknya berinteraksi dengan kami melalui perkhidmatan atau aplikasi luar, seperti Facebook atau Google;

(n) Apabila mana-mana pengguna Platform lain menyiarkan sebarang komen mengenai kandungan yang anda muat naik ke atas Platform atau apabila anda menyiarkan sebarang komen mengenai kandungan pengguna lain yang dimuat naik ke atas Platform;

(o) Apabila pihak ketiga membuat aduan terhadap anda atau kandungan yang telah anda muat naik ke atas Platform; dan

(p) Apabila anda berinteraksi dengan kami di luar talian, termasuklah apabila anda berinterkasi dengan agen perkhidmatan pelanggan luar kami.

2.6. Kami mungkin menerima data peribadi daripada anda, pihak ketiga (termasuk tetapi tidak terhad kepada ejen, vendor, kontraktor, rakan kongsi dan pihak-pihak lain yang membekalkan perkhidmatan kepada kami, pihak yang mengumpul maklumat peribadi anda dan/atau melaksanakan fungsi bagi kami, atau dengannya kami bekerjasama, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembekal perkhidmatan pembayaran, sumber data kerajaan, pembekal perkhidmatan kewangan, biro kredit, rakan-rakan perkhidmatan penghantaran, pemasaran dan lain-lain), sekutu-sekutu kami, atau data yang mungkin dikumpul secara automatik apabila anda menggunakan Platform atau Perkhimatan, seperti yang dinyatakan di seksyen ini. Sila rujuk juga seksyen 2.12 kepada 2.16 mengenai pengumpulan data komputer.

2.7. Sepanjang penggunaan Platform oleh anda dan penyediaan Perkhidmatan, anda bersetuju bahawa anda telah memberikan persetujuan (sama ada kepada kami, pihak ketiga atau sekutu kami) untuk pemindahan data peribadi anda daripada pihak-pihak ketiga dan/atau sekutu-kutu kami kepada SGOLD-BERJANGKA bagi tujuan-tujuan dinyatakan dalam Dasar Privasi atau terma-terma yang lain.

2.8. Anda bersetuju untuk menyerahkan data peribadi yang tepat dan tidak mengelirukan dan memastikan data peribadi terkini dan memaklumkan kepada kami mengenai sebarang perubahan terhadap data peribadi yang diberikan kepada kami oleh anda. Kami berhak untuk meminta dokumentasi dan melakukan pemeriksaan yang diperlukan untuk mengesahkan data peribadi yang anda berikan sebagai sebahagian proses pengesahan pengguna kami atau seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang.

2.9. Kami hanya boleh mengumpul kategori data peribadi anda tertentu jika anda memberikan data peribadi secara sukarela atau sebaliknya yang diperuntukkan di bawah Dasar Privasi ini. Jika anda memilih untuk tidak memberikan data peribadi anda kepada kami atau seterusnya menarik balik persetujuan anda terhadap penggunaan data peribadi anda oleh kami, kami mungkin tidak dapat memberikan ciri atau fungsi tertentu Perkhidmatan kami atau akses kepada Platform kepada anda.

2.10. Dalam situasi tertentu, anda mungkin memberikan data peribadi pihak-pihak lain kepada kami (seperti ahli keluarga atau rakan-rakan atau individu-individu dalam senarai kenalan anda), apabila anda menggunakan “Cari Rakan Saya (Find My Friends)” atau fungsi yang serupa, atau apabila anda menambahkan mereka sebagai penerima atau benefisiari sebarang penggunaan Perkhidmatan kami. Anda membuat representasi dan jaminan bahawa anda telah memperoleh persetujuan, lesen dan kebenaran yang perlu daripada pihak-pihak tersebut untuk berkongsi dan memnindahkan data peribadinya kepada kami, dan untuk kami mengumpul, menyimpan, menggunakan, menzahirkan atau sebaliknya memproses data tersebut selaras dengan Dasar Privasi ini.

2.11. Jika anda mendaftar untuk menjadi seorang pengguna di Platform kami dengan menggunakan akaun media sosial anda atau membuat pautan dari akaun SGOLD-BERJANGKA anda ke akaun media sosial anda atau menggunakan ciri-ciri media sosial SGOLD-BERJANGKA yang lain, kami mungkin mengakses data peribadi mengenai anda yang anda telah serahkan secara sukarela kepada penyedia media social andara selaras dengan dasar-dasar penyedia media sosial tersebut dan kami akan menngendalikan data peribadi anda selaras dengan Dasar Privasi ini. 

Pengumpulan Data Komputer

2.12. Kami atau pembekal-pembekal perkhidmatan kami yang diberikuasa mungkin menggunakan cookies, web beacons, dan teknologi-teknologi yang serupa berhubung dengan penggunaan Perkhidmatan anda akses Platform oleh anda.

2.13. Apabila anda melayari Platform melalui komputer, peranti mudah alih, atau apa-apa peranti anda dengan sambungan internet, server syarikat kami akan secara automatik merakam data yang dihantar oleh pelayar internet anda apabila anda melayari suatu laman sesawang, seperti data teknikal dan penggunaan data seperti yang digariskan di Seksyen 2.2 di atas. 

2.14. Data ini dikumpul untuk analisis dan penilaian untuk membantu kami mempertingkatkan laman sesawang, perkhidmatan dan produk-produk yang kami membekalkan, dan juga untuk membantu kami untuk mempersonalisasikan kandungan Platform dan memadan dengan pilihan anda dengan lebih pantas. Data ini juga dikumpul untuk memberi Perkhidmatan dan Platform yang lebih mudah dan berguna untuk anda, dan untuk membekalkan pengiklanan untuk memasarkan produk, perkhidmatan dan ciri-ciri yang lebih relevan kepada anda.

2.15. Cookies merupakan fail-fail teks kecil (biasanya terdiri daripada huruf dan nombor) yang diletakkan dalam memori pelayar internet atau peranti anda apabila anda melawat sesuatu laman sesawang atau melihat sesuatu pesanan. Cookies membolehkan kami untuk mengenali sesuatu peranti atau pelayar internet. Web beacons merupakan imej-imej grafik kecil yang mungkin termasuk dalam Perkhidmatan dan Platform kami. Web beacons membolehkan kami untuk mengira jumlah pengguna yang telah melihat halaman-halaman supaya kami dapat lebih memahami pilihan dan minat anda.

2.16. Anda boleh menguruskan dan memadam cookies melalui tetapan pelayar internet atau peranti anda. Namun, cookies yang tertentu adalah diperlukan untuk mengaktifkan fungsi utama (seperti menambah barangan ke dalam bakul belian), oleh itu sila ambil maklum bahawa penukaran atau pemadaman cookies mungkin akan menjejaskan fungsi yang sedia ada di Platform atau melalui Perkhidmatan kami. 

3. Penggunaan dan Penzahiran Data Peribadi

Tujuan penggunaan

3.1. Kami menggunakan dan menzahirkan data peribadi untuk tujuan-tujuan yang diterangkan di bawah mengikut undang-undang tempatan yang terpakai dan, jika perlu, setelah mendapat persetujuan anda.  

3.2. Bergantung pada hubungan anda dengan kami (contohnya, sama ada anda seorang pelanggan, penjual, pelawat laman web kami, atau seorang pengguna aplikasi mudah alih kami),data peribadi yang kami kumpul daripada anda atau melalui pihak-pihak ketiga mungkin digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu, seperti berikut: 

(a) Untuk memudahkan penggunaan Perkhidmatan atau akses ke Platform oleh anda.

(b) Untuk mentadbir akaun dalam talian yang mungkin dibuka oleh anda dengan kami.

(c) Untuk menjalankan analisis, penyelidikan, perniagaan dan pembangunan:

• Untuk lebih memahami pengalaman pengguna Perkhidmatan dan Platform anda; 

• Untuk memperbaiki susun atur atau kandungan halaman Platform dan menyesuaikannya untuk pengguna; 

• Untuk mengenalpasti pelawat di Platform; 

• Untuk menjalankan tinjauan, termasuk melaksanakan penyelidikan ke atas demografi dan tingkah laku para pengguna kami untuk memperbaiki teknologi sedia ada kami (sebagai contoh teknologi pengecaman suara dan sebagainya) melalui pembelajaran mesin atau cara-cara lain; 

• Untuk memperoleh atribut-atribut lanjutan berhubung dengan anda berdasarkan data peribadi yang anda berikan (sama ada kepada kami atau pihak-pihak ketiga), untuk memberikan anda maklumat yang lebih disasarkan dan/atau relevan; 

• Untuk menjalankan data analisis, ujian dan penyelidikan, pemantauan dan analisis penggunaan dan trend aktiviti; dan

• Untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan kami.

(d) Tujuan undang-undang dan operasi

• Untuk mengenalpasti identiti anda berhubung dengan tujuan pengesanan penipuan; 

• Untuk membandingkan maklumat, dan mengesahkan dengan pihak-pihak ketiga untuk memastikan bahawa maklumat tersebut adalah tepat;

• Untuk memproses apa-apa aduan, maklum balas, tindakan penguatkuasaan dan permintaan menurunkan berhubung dengan apa-apa kandungan yang anda muak naik ke Platform;

• Untuk menghasilkan statistik dan penyelidikan bagi pelaporan dalaman dan statutori dan/atau keperluan penyimpanan rekod; 

• Untuk menyimpan, hos, menyandarkan data peribadi anda untuk tujuan operasi, undang-undang atau perniagaan; 

• Untuk berkongsi data peribadi berkaitan dengan sebarang cadangan pembelian, penggabungan atau pemerolehan mana-mana bahagian perniagaan kami, dengan syarat kami memenuhi keperluan undang-undang perlindungan data yang terpakai apabila menzahirkan data peribadi anda;

• Untuk mengelakkan atau menyiasat apa-apa pelanggaran sebenar atau disyaki melanggar Terma-terma Penggunaan, Dasar Privasi, penipuan, aktiviti yang menyalahi undang-undang, peninggalan atau salah laku, sama ada berhubung dengan penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda atau perkara lain yang timbul dari hubungan anda dengan kami; 

• Untuk melaksanakan pemeriksaan ketekunan wajar; 

• Untuk mematuhi keperluan undang-undang (termasuk di mana berkenaan, pemaparan nama anda, butiran hubungan dan butiran syarikat), termasuk permintaan dari penguatkuasaan undang-undang, permintaan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau kawal selia yang mempunyai bidang kuasa ke atas SGOLD-BERJANGKA, berhubung dengan mana-mana prosiding undang-undang, atau sebaliknya yang kami anggap perlu; dan

• Untuk melindungi hayat, kesihatan atau keselamatan peribadi pekerja SGOLD-BERJANGKA, penggunanya dan/atau orang ramai.

(e) Bagi apa-apa tujuan lain yang untuknya persetujuan anda telah diperolehi, yang mematuhi obligasi kami di bawah undang-undang yang terpakai, termasuk memberitahu anda pada masa mendapatkan persetujuan anda.

3.3. Jika anda adalah pelanggan dan/atau anda telah mendaftar masuk atau mendaftar dengan kami, data peribadi yang kami mengumpul daripada anda atau melalui pihak ketiga mungkin digunakan untuk tujuan lain, seperti berikut:

(i) Pemprosesan pesanan anda bagi produk (sama ada dijual oleh kami atau penjual pihak ketiga)

• Untuk memproses pesanan-pesanan yang anda hantar melalui Platform; 

• Untuk menghantar produk-produk yang anda beli melalui Platform. Kami boleh menyerahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga (seperti rakan kongsi logistik kami) atau pihak berkuasa kawal selia yang berkenaan (seperti kastam) untuk membuat penghantaran produk kepada anda; 

• Untuk memaklumkan anda mengenai penghantaran produk-produk; 

• Untuk membekalkan perkhidmatan sokongan pelanggan bagi pesanan-pesanan anda, contohnya, untuk memulangkan produk-produk yang dibeli oleh anda melalui Platform; dan 

• Untuk mengesahkan dan menjalankan transaksi pembayaran (termasuk pembayaran kad kredit, pindahan wang, pembayaran luar talian, kiriman wang, atau transaksi e-dompet) berhubung dengan bayaran yang berkaitan dengan anda, promosi-promosi yang disertai oleh anda dan/atau Perkhidmatan yang anda guna. Bagi mengesahkan dan melaksanakan transaksi pembayaran tersebut, maklumat pembayaran, yang mungkin termasuk maklumat peribadi, akan dipindah kepada pihak-pihak ketiga seperti pembekal-pembekal perkhidmatan pembayaran. 

(ii) Pembekalan Perkhidmatan 

• Untuk menunjukkan nama anda, nama pengguna atau profil di Platform (termasuk semakan yang anda mungkin paparkan); 

• Untuk memudahkan penggunaan aplikasi mini yang sedia ada di Platform dan pembelian yang dibuat melalui aplikasi mini tersebut; 

• Untuk memberi maklum balas kepada pertanyaan, maklum balas, tuntutan atau pertikaian, sama ada secara langsung atau melalui pembekal perkhimatan pihak-pihak ketiga kami; 

• Untuk memaparkan di papan skor di Platform berhubung dengan kempen, permainan mudah alih atau apa-apa aktiviti lain; 

• Untuk membenarkan pengguna-pengguna lain untuk mengenal pasti anda (melalui “Mencari kawan saya” atau apa-apa fungsi lain yang serupa) sebagai pengguna Perkhidmatan, untuk membolehkan anda mencari pengguna-pengguna lain dan untuk berhubung dengan mereka di Platform, dan untuk menyokong fungsi menyosialisasi Perkhidmatan (di mana berkenaan); 

• Untuk menilai permohonan anda bagi kemudahan pinjaman dan/atau untuk melakukan penilaian risiko kredit berkenaan dengan permohonan-permohonan untuk perkhidmatan dan produk kewangan seperti kemudahan kredit atau pinjaman, insurans dan kad kredit (di mana berkenaan); dan

• Untuk memudahkan integrasi program-program ahli setia pihak ketiga (termasuk yang disokong oleh penjual atau jenama) dengan Platform kami. 

(iii) Pemasaran dan pengiklanan

• Untuk membekalkan kepada anda dengan maklumat yang kami anggap berguna atau yang mana anda telah memohon daripada kami; 

• Untuk menghantarkan kepada anda maklumat pemasaran dan pengiklanan mengenai produk-produk kami atau penjual pihak ketiga dan perkhidmatan di Platform kami dari semasa ke semasa; 

• Untuk membantu kami mengendalikan pemasaran dan pengiklanan; dan 

• Untuk mempromosikan Perkhidmatan dan menggunakan maklumat yang anda berikan kepada kami, seperti kandungan yang dihasilkan oleh pengguna (termasuk kandungan video) yang anda boleh pilih untuk muat naik atau siarkan di Platform kami dan boleh diakses di Internet dan mungkin dikongsikan oleh orang ramai (yang terakhir daripadanya adalah bukan dalam kawalan kami), sebagai sebahagian daripada kempen pengiklanan dan pemasaran kami untuk mempromosikan Platform.

(iv) Lain-lain

• Untuk memahami pelanggan kami dengan lebih baik; dan 

• Untuk mengendalikan proses-proses membuat keputusan secara automatik selaras dengan mana-mana tujuan yang dinyatakan di atas, yang mana akan dijalankan dengan mematuhi obligasi kami di bawah undang-undang yang terpakai, termasuk memberitahu dan mendapatkan persetujuan anda untuk perkara yang sama.

3.4. Di mana anda adalah seorang penjual, data peribadi yang kami mengumpul daripada anda atau melalui pihak ketiga mungkin digunakan untuk tujuan lain, seperti berikut:

(i) Pembekalan Perkhidmatan 

• Untuk menghantar produk yang anda telah senaraikan atau jual melalui Platform. Kami boleh menyerahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga (seperti rakan kongsi logistik kami, sekutu-sekutu kami) atau pihak berkuasa kawal selia yang berkenaan (seperti kastam) untuk membuat penghantaran produk yang anda senaraikan atau jual; 

• Untuk memberi maklum balas kepada pertanyaan, maklum balas, tuntutan atau pertikaian, sama ada secara langsung atau melalui ejen perkhimatan pihak ketiga kami; 

• Untuk mengesahkan dokumen yang anda telah hantar kepada kami untuk memudahkan pendaftaran anda sebagai seorang penjual di Platform, termasuk pengujian teknologi untuk membolehkan pendaftaran dengan lebih pantas dan cekap; 

• Untuk menunjukkan nama anda, nama pengguna atau profil di Platform; 

• Untuk mengesahkan dan menjalankan transaksi pembayaran (termasuk pembayaran kad kredit, pindahan wang, pembayaran luar talian, kiriman wang, atau transaksi e-dompet) berhubung dengan bayaran yang berkaitan dengan anda, promosi yang disertai oleh anda dan/atau Perkhidmatan yang anda guna. Bagi mengesahkan dan menjalankan transaksi pembayaran tersebut, maklumat pembayaran, yang mungkin termasuk maklumat peribadi, akan dipindah kepada pihak-pihak ketiga seperti pembekal-pembekal perkhidmatan pembayaran;

• Untuk menilai permohonan anda bagi kemudahan pinjaman dan/atau untuk melakukan penilaian risiko kredit berkenaan dengan permohonan-permohonan anda untuk perkhidmatan kewangan dan produk penjual, termasuk kemudahan kredit atau pinjaman, insurans atau kad kredit (di mana berkenaan); 

• Untuk membekalkan anda dengan perkhidmatan logistik sampingan bagi melindungi anda daripada risiko terhadap penghantaran gagal atau pemulangan pelanggan; dan

• Untuk memudahkan pemulangan produk-produk kepada anda (yang mungkin melalui rakan kongsi logistik kami). 

(ii) Pemasaran dan pengiklanan

• Untuk menghantar maklumat pemasaran dan pengiklanan mengenai produk-produk kami atau penjual-penjual pihak ketiga dan perkhidmatan di Platform kami atau perkhidmatan yang mungkin dibekalkan oleh sekutu-sekutu kami dari semasa ke semasa; dan

• Untuk membantu kami mengendalikan pemasaran dan pengiklanan.

(iii) Lain-lain 

• Untuk memahami penjual kami dengan lebih baik; dan 

• Untuk menjalankan proses-proses membuat keputusan secara automatik selaras dengan mana-mana tujuan ini, yang mana akan dijalankan dengan mematuhi obligasi kami di bawah undang-undang yang terpakai, termasuk memberitahu dan mendapatkan persetujuan anda untuk perkara yang sama.

Kepada Siapa kami menzahirkan maklumat peribadi anda

3.5. Kami mungkin berkongsi (atau membenarkan perkongsian) maklumat peribadi anda dengan dan/atau memindah maklumat peribadi anda dengan pihak-pihak ketiga dan/atau sekutu-sekutu kami for tujuan-tujuan dinyatakan di atas. Pihak-pihak ketiga and sekutu-kuta, yang mungkin berada di dalam atau di luar negara, termasuk tetapi tidak terhad kepada: 

(i) Pembekal-pembekal perkhidmatan (seperti ejen, vendor, kontraktor dan rakan kongsi) di bidang-bidang seperti perkhidmatan pembayaran, logistik dan penghantaran, pemasaran, data analisis, penyelidikan pasaran atau pelanggan, tinjauan, sosial media, perkhidmatan pelanggan, perkhidmatan pemasangan, infomasi teknologi dan hosting laman web; 

(ii) Pembekal-pembekal perkhidmatan dan syarikat-syarikat berhubungan mereka; 

(iii) Mahkamah, tribunal, agensi penguatkuasaan, pihak berkuasa kerajaan atau kawal selia yang mempunyai bidang kuasa ke atas SGOLD-BERJANGKA; dan 

(iv) Pengguna-pengguna Platform atau Perkhidmatan yang lain. 

3.6. Dalam penzahiran maklumat peribadi anda kepada mereka, kami berikhtiar untuk memastikan pihak-pihak ketiga dan sekutu-sekutu kami menjaga keselamatan maklumat peribadi anda dari akses, pengumpulan, penggunaan, penzahiran, pemprosesan tanpa kebenaran atau risiko-risiko yang serupa dan mengekalkan maklumat peribadi anda hanya sepanjang maklumat peribadi anda diperlukan untuk mencapai tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas. 

Pemindahan antarabangsa data peribadi 

3.7. Kami mungkin berkongsi atau mengizinkan pemindahan data peribadi anda ke luar negara untuk apa-apa tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Namun, kami tidak akan memindah atau mengizinkan pemindahan data peribadi anda ke luar negara melainkan pemindahan tersebut mematuhi undang-undang yang terpakai, termasuk, sebagai contoh, memaklumkan dan mendapatkan persetujuan anda bagi negara-negara di mana data peribadi anda mungkin dipindahkan dan standard yang terpakai mengenai perlindungan data di bawah undang-undang negara tersebut.   

Perkhidmatan pihak ketiga

3.8. Kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga atau sekutu-sekutu kami (sebagai contoh pembekal perkhidmatan pembayaran) supaya mereka dapat menawarkan perkhidmatannya kepada anda bersempena dengan penggunaan Platform atau Perkhidmatan kami oleh anda. Penerimaan dan penggunaan perkhidmatan pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga atau sekutu-sekutu kami oleh anda adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat sepertimana yang akan dipersetujui antara anda dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga atau sekutu kami. Selepas penerimaan penawaran perkhidmatan oleh pembekal perkhidmatan pihak ketiga atau sekutu kami, pengumpulan, penggunaan, penzahiran, penyimpanan, pemindahan dan pemprosesan data anda (termasuk data peribadi dan data-data lain yang kami zahirkan kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga atau sekutu kami) adalah tertakluk kepada dasar privasi pembekal perkhidmatan pihak ketiga atau sekutu kami yang terpakai, di mana mereka adalah pengawal data bagi data tersebut. Anda setuju bahawa sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan penerimaan atau penggunaan perkhidmatan yang dibekalkan oleh pembekal perkhidmatan pihak ketiga atau sekutu kami patut ditujukan kepada pihak yang dinamakan di dalam dasar privasi berkenaan.   

4. Penarikbalikan Persetujuan kepada Penggunaan yang Berterusan, Penzahiran, Penyimpanan dan/atau Pemprosesan Data Peribadi 

4.1. Anda boleh menyampaikan penarikbalikan persetujuan anda kepada penggunaan yang berterusan, penzahiran, penyimpanan dan/atau pemprosesan data peribadi anda dengan menghubungi kami melalui butiran hubungan di bawah, tertakluk kepada syarat-syarat dan/atau had yang dikenakan oleh undang-undang atau peraturan-peraturan yang terpakai. 

4.2. Sila ambil maklum bahawa jika anda menyampaikan penarikbalikan persetujuan kepada penggunaan, penzahiran, penyimpanan atau pemprosesan data peribadi anda bagi tujuan dan dalam cara seperti yang dinyatakan di atas, atau menggunakan hak anda yang sedia ada di bawah undang-undang tempatan yang terpakai, kami mungkin tidak berada dalam kedudukan untuk terus membekalkan Perkhidmatan kepada anda atau melaksanakan mana-mana kontrak kami dengan anda, dan kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kami tidak terus membekalkan produk-produk dan Perkhidmatan kepada anda, atau melaksanakan kontrak dengan anda. Kami secara nyata merizabkan hak undang-undang dan remedi kami dalam situasi seperti ini. 

Informasi pemasaran

4.3. Anda boleh berhenti dari menerima maklumat pemasaran pada bila-bila masa dalam tetapan aplikasi mudah alih kami atau dengan menggunakan fungsi menghentikan langganan dalam bahan pemasaran elektronik. 

5. Mengemaskini Data Peribadi Anda

5.1. Ia adalah penting bahawa data peribadi yang anda bekalkan kepada kami adalah tepat dan lengkap untuk anda untuk terus menggunakan Platform dan bagi kami membekalkan Perkhidmatan. Anda bertanggungjawab untuk memaklumkan kami mengenai perubahan-perubahan kepada data peribadi anda, atau sekiranya anda percaya bahawa data peribadi anda yang kami ada adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau ketinggalan zaman. 

5.2. Anda boleh mengemaskini data peribadi anda pada bila-bila masa dengan mengakses akaun anda di Platform. 

5.3. Kami mungkin mengambil langkah untuk berkongsi pengemaskinian terhadap data peribadi anda dengan pihak-pihak ketiga dan sekutu-sekutu kami yang kami telah kongsikan data peribadi anda jika data peribadi anda masih diperlukan bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas.

6. Mengakses dan Membetulkan Data Peribadi Anda

6.1. Anda boleh memohon maklumat mengenai data peribadi anda yang kami telah kumpul, atau bertanya mengenai cara-cara data peribadi anda mungkan akan digunakan, dizahirkan, disimpan atau diproses melalui tetapan informasi akaun peribadi di Platform kami atau menghubungi kami melalui butiran hubungan dalam Seksyen 11 di bawah. Anda juga boleh memohon untuk membetulkan sebarang kesilapan atau peninggalan dalam data peribadi anda yang kami telah kumpul dengan cara yang sama. Untuk memudahkan pemprosesan permohonan anda, kami mungkin perlu meminta maklumat lanjut mengenai permohonan anda. Jika dibenarkan di bawah undang-undang, kami mungkin menolak permohonan untuk pembetulan jika ia dianggap menyusahkan atau tidak munasabah.

6.2. Jika dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, kami berhak untuk mengenakan yuran pentadbiran yang munasabah bagi mendapatkan kembali rekod data perbadi anda. Dalam hal ini, kami akan memaklumkan jumlah yuran sebelum memproses permohonan anda.

7. Keselamatan Data Peribadi Anda

7.1. Untuk melindungi data peribadi anda daripada akses, pengumpulan, penggunaan, penzahiran, pemprosesan, penyalinan, pengubahsuaian, pelupusan, kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian yang tidak diberikuasa atau risiko yang serupa sepanjang penggunaan Platform dan/atau Perkhidmatan kami oleh anda, kami telah memperkenalkan langkah pentadbiran, fizikal dan teknikal yang sesuai seperti:

(a) Mengehadkan akses ke data peribadi kepada individu-individu yang memerlukan akses;

(b) Mengekalkan produk-produk teknologi untuk mengelakkan akses komputer yang tidak diberikuasa; dan

(c) Menggunakan teknologi penyulitan 128-bit SSL (secure sockets layer) apabila memproses butiran kewangan anda; dan/atau

(d) Melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang lain yang dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai.

7.2. Walau bagaimanapun, anda hendaklah sedar bahawa tiada kaedah penghantaran melalui internet atau kaedah penyimpanan elektronik adalah benar-benar selamat. Walaupun keselamatan tidak dapat dijamin, kami berusaha melindungi keselamatan maklumat anda dan sentiasa mengkaji dan meningkatkan langkah keselamatan maklumat kami. Anda juga dinasihatkan untuk berhati-hati berkenaan dengan perkongsian data peribadi anda dan butiran pengesahan / keselamatan anda (seperti kata laluan, butiran kad kredit, butiran transaksi) di luar Platform / Perkhidmatan kami.

8. Pengekalan Data Peribadi

8.1. Kami hanya akan mengekalkan data peribadi anda selama yang kami diperlukan atau dibenarkan di bawah undang-undang atau seperti relevan bagi tujuan ia dikumpul.

8.2. Kami akan berhenti untuk mengekal data peribadi anda dengan melupuskannya dengan selamat, atau memadamkan cara-cara olehnya data tersebut yang boleh dikaitkan dengan anda dengan tidak mengenal pasti anda secara individu, sebaik sahaja ia adalah munasabah untuk mengandaikan bahawa pengekalan itu tidak lagi memenuhi tujuan baginya data peribadi dikumpulkan, dan tidak lagi perlu bagi apa-apa tujuan undang-undang atau perniagaan.

9. Orang yang Bawah Umur

9.1. SGOLD-BERJANGKA tidak menjual produk-produk kepada orang yang bawah umur (yang ditentukan berdasarkan undang-undang terpakai), dan tidak berniat untuk membekalkan apa-apa Perkhidmatan atau penggunaaan Platform kepada orang yang bawah umur. Kami tidak secara sengaja mengumpul apa-apa data peribadi yang berkenaan dengan orang yang bawah umur.

9.2. Anda dengan ini mengesahkan dan menjamin bahawa anda adalah melebihi umur majoriti dan anda mampu memahami dan menerima terma-terma dalam Dasar Privasi ini. Jika anda adalah di bawah umur, anda boleh menggunakan Platform kami hanya dengan penglibatan ibu bapa atau penjaga.

9.3. Sebagai ibu bapa atau penjaga, sila jangan membenarkan orang yang bawah umur dalam penjagaan anda menyerahkan data peribadi kepada SGOLD-BERJANGKA. Sekiranya data peribadi orang yang bawah umur dizahirkan kepada SGOLD-BERJANGKA, anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi orang yang bawah umur itu dan menerima dan bersetuju untuk terikat oelh Dasar Privasi ini dan bertanggungjawab atas tindakannya.

9.4. Kami tidak akan bertanggungjawab atas penggunaan apa-apa Perkhidmatan di Platform yang tidak diberikuasa oleh diri anda, pengguna-pengguna yang bertindak bagi anda atau sesiapa yang tidak diberikuasa. Ia merupakan tanggungjawab anda untuk membuat keputusan anda sendiri mengenai penggunaan Perkhidmatan di Platform dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan Perkhidmatan di Platform.

10. Laman Sesawang Pihak Ketiga

10.1. Platform mungkin mengandungi pautan-pautan ke laman-laman sesawang lain yang dikendalikan oleh pihak-pihak lain, seperti sekutu-sekutu perniagaan, penjual-penjual atau pintu masuk pembayaran kami. Kami tidak bertanggungjawab ke atas amalan privasi laman-laman sesawang yang dikendalikan oleh pihak-pihak tersebut. Anda dinasihatkan supaya menyemak amalan dasar privasi laman-laman sesawang ini untuk mengenalpasti cara mereka mengendalikan apa-apa maklumat yang dikumpul daripada anda.

10.2. Sila ambil maklum bahawa walaupun pihak ketiga bersekutu dengan kami, kami tidak mempunyai kawalan ke atas laman web pihak ketiga ini, yang setiap satu daripadanya mungkin mempunyai privasi dan amalan pengumpulan data mereka sendiri yang berasingan dan bebas daripada kami. Oleh itu, kami tidak mempunyai tanggungjawab atau liabiliti terhadap kandungan, pengaturan keselamatan (atau kekurangannya) dan aktiviti-aktiviti laman web yang dipautkan tersebut. Laman web berpaut tersebut hanya untuk kemudahan anda dan oleh itu, anda mengaksesnya atas risiko anda sendiri. Walau bagaimanapun, kami mencuba untuk melindungi integriti Platform kami dan pautan yang diletakkan atas setiap satu mereka dan oleh itu mengalu-alukan mana-mana maklum balas tentang laman web berpaut tersebut (termasuk, tanpa had, jika mana-mana pautan tertentu tidak berfungsi)

11. Soalan, Maklum Balas, Kebimbangan, Cadangan atau Aduan 

11.1. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan tentang perlindungan data peribadi atau data privasi, sila rujuk ke senarai soalan lazim bagi perlindungan data/ data privasi.